Menghubungkan alumni, mengeratkan silaturahim dan menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.
Persatuan Alumni Sekolah Aminuddin Baki (EXSAB Kuala Lumpur) ditubuhkan bagi menghimpunkan bekas pelajar SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur untuk mengeratkan hubungan silaturahim, menjaga kebajikan ahli serta menyumbang kepada pembangunan akademik dan bukan akademik sekolah.
Kami percaya bahawa ukhuwah yang terjalin tidak seharusnya terhenti selepas tamat persekolahan. Melalui platform ini, kami membina komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain dan institusi yang telah mendidik kami.
Usaha awal idea penubuhan oleh bekas-bekas pelajar terdahulu.
Dikenali sebagai Persatuan Bekas Pelajar (1989) & Persatuan Bekas-Bekas Pelajar SABKL (1997).
Diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan pada 13 Disember 2014.
Mengukuhkan hubungan silaturahim antara alumni, guru-guru, dan pihak sekolah.
Menyumbang dari segi kewangan, akademik dan material untuk pembangunan sekolah.
Membantu dan menyokong aktiviti sekolah untuk melancarkan program pendidikan.
Membina jaringan maklumat yang kukuh sesama ahli persatuan untuk faedah bersama.
Mencungkil dan membangunkan potensi diri setiap ahli persatuan melalui pelbagai program.
Tokoh-tokoh yang lahir dari SMK Aminuddin Baki
Pengarah & Penerbit Filem Terkenal
Ahli Parlimen Titiwangsa
Ahli Politik Veteran
Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga
Kecemerlangan sekolah di persada kebangsaan dan antarabangsa
2015
Juara Keseluruhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur dalam acara renang.
2022
2 Pingat Emas & 1 Perak di International Applied Physics Olympiad.
2021
Penerima 'Most Outstanding Team - Merit Award' peringkat Antarabangsa.
Barisan kepimpinan sesi 2023/2025
Presiden
Timbalan Presiden
Setiausaha
| Yuran Pendaftaran | RM 10.00 |
| Yuran Tahunan (Ahli Biasa) | RM 10.00 |
| Yuran Keahlian Seumur Hidup (Bayaran Sekali Sahaja) |
RM 100.00 |
Peranan kami kepada sekolah dan ahli
Program Motivasi Pelajar: Fokus kepada calon PMR (sejarah) dan SPM.
Program Pendidikan Tinggi: Bimbingan memilih bidang pembelajaran dan pengkhususan kerjaya.
Program Kepimpinan: Membentuk jati diri pemimpin dalam kalangan pelajar.
Jaringan Maklumat: Platform perkongsian peluang dan info sesama ahli.
Bantuan Kebajikan: Bantuan kewangan bagi kes sakit, kemalangan, atau kematian.
Program Sosial: Pertemuan muhibbah, ekspedisi rekreasi, dan hari keluarga.
Sorotan peristiwa dan program persatuan
Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2022
Program "Jom Ke Sekolah"
Sambutan Ma'al Hijrah
Lawatan ke Pulau Pinang
Persatuan Alumni Sekolah Aminuddin Baki (EXSAB Kuala Lumpur) (2014)
329B, Jalan Abdul Rahman Idris,
Off Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
50300 Kuala Lumpur
03-2698 1636 / 012-379 0261
alumnisabkl@gmail.com
alumnisabkl.edu@gmail.com
PPM-003-14-13122014